Biografi Jocelyn Yow

Yow dilahirkan kepada bapanya berwarganegara Malaysia yang berhijrah ke A.S. pada 1980-an untuk sambung belajar dan ibunya seorang pelarian warga Vietnam.[4] Tidak lama selepas beliau dilahirkan, Yow kembali ke Malaysia di mana datuk sebelah bapanya menghidap kanser.[5]

Beliau menghabiskan 10 tahun di Malaysia, membolehkan Yow mempelajari lebih mengenai asal-usul keluarganya, sejarah dan budaya Malaysia.[6] Yow mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Keat Hwa, seterusnya menyambung pengajian tinggi di Kolej Norco dan Universiti California, Berkeley dan kini sedang mengikuti ijazah Sarjana di Harvard Extension.

Pada tahun 2018, Yow berkhidmat sebagai Ahli Majlis Bandar Eastvale, California, seterusnya pada 2019, menyandang jawatan sebagai datuk bandar sementara.[5] Beliau juga ialah kakitangan Speaker Dewan Nancy Pelosi dan ahli kongres Gil Cisneros dan juga pakar imigran di Dewan Perwakilan A.S.. Beliau juga telah menerima Rising Star Award dari Parti Demokratik California, Asian Pacific Islander Caucus atas sumbangannya kepada khidmat masyarakat.

Yow telah dilantik sebagai Datuk Bandar di Eastvale, California pada 11 Disember 2020.[7][8] Pelantikan ini menjadikan beliau sebagai datuk bandar termuda dan wanita bukan berkulit putih dari keturunan Asia yang dilantik memegang jawatan itu. Beliau berkata mengenai pelantikannya: "Saya bangga dan bersyukur dengan peluang untuk berkhidmat sebagai Datuk Bandar Eastvale. Tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada bayi berusia enam bulan turut membakar semangat saya untuk berkhidmat pada masyarakat".[5]

Rujukan

WikiPedia: Jocelyn Yow https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/... https://www.instagram.com/@jocelyn_yow/ https://www.jocelynyow.com https://juiceonline.com/at-just-25-years-old-jocel... https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/12/12... https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/12/16... https://www.malaysiakini.com/news/554982 https://www.therakyatpost.com/2020/12/13/jocelyn-y... https://www.hmetro.com.my/global/amerika-utara/202... https://sinarplus.sinarharian.com.my/kisah-masyara...